Pakej Morocco Spain Portugal

12D10N Morocco, Spain & Portugal

Alami percutian 12 hari 10 malam ke Morocco, Sepanyol dan Portugal dengan lawatan menarik dan pengalaman budaya yang mengagumkan.

Casablanca, Marrakech, Rabat, Fez, Granada, Elvas, Lisbon, Madrid

Harga Bermula
RM 11288

Jadual Penerbangan

will update soon

Harga tertakluk kepada tarikh perjalanan, sila lihat CRM untuk harga lengkap
CWB: kanak-kanak berkatil / CNB: kanak-kanak tanpa katil
Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah (11 tahun 12 bulan)
Bayi 0 – 2 tahun (1 tahun 12 bulan)

*Tiket penerbangan tertakluk kepada perubahan tanpa notis jika terdapat kenaikan harga yang ketara sebelum berlepas. Sebut harga ini berdasarkan kadar tiket penerbangan dan hotel semasa. Syarikat berhak untuk menyesuaikan harga pakej pelancongan tanpa notis terlebih dahulu

pakej termasuk

Tiket penerbangan + cukai
Bagasi 25 - 30 kg seorang
Hotel di Maghribi, Portugal, Sepanyol (3-4 bintang)
Pengangkutan bersama pemandu pelancong Muslim
Tiket masuk: Istana Bahia, Alhambra dan Masjid Cordoba
Cukai bandar hotel
Perkhidmatan pengurus pelancongan
Pemindahan feri : Tangler ke Tarifa (sehala)

pakej tidak termasuk

Optional Tour

No data found

Bonus

No data found

cadangan aturcara

HariAturcara
Hari 1

CASABLANCA TO MARRAKECH (MP/MT/MM)

Setibanya anda di Casablanca, lawatan pertama membawa anda ke Masjid Hassan II, masjid ikonik yang berdiri megah di tepi Lautan Atlantik. Kemudian, perjalanan diteruskan ke Medina Marrakesh, tapak warisan UNESCO yang penuh warna dan budaya.

Di Jemaa el-Fnaa, anda akan terpesona dengan suasana meriah—pemain muzik jalanan, penjual rempah dan gerai makanan tradisional. Makan malam disediakan, dan anda berehat semalaman di Marrakesh, menyimpan memori hari pertama yang mengagumkan.

Hari 2

MARRAKECH  (MP/MT/MM)

Mulakan pagi anda dengan sarapan di hotel, sebelum meneroka keindahan Istana Bahia, terkenal dengan seni bina Islam yang halus dan hiasan yang memukau. Anda kemudian akan mengunjungi Masjid Koutoubia dan menikmati ketenangan Taman Menara. Makan tengah hari Halal disediakan.

Petangnya, anda menyusuri souks Marrakesh, pasar yang penuh warna dan hasil kraftangan tempatan, serta singgah di Spicy Pharmacy. Makan malam disediakan sebelum anda bermalam lagi di Marrakesh, membawa pulang pengalaman budaya yang kaya.

Hari 3

MARRAKECH TO RABAT AND FEZ (MP/MT/MM)

Selepas menikmati sarapan, anda berangkat dari Marrakesh ke Rabat, ibu kota yang sarat dengan sejarah. Di sini, anda akan mengunjungi Menara Hassan dan Kasbah of the Udayas, simbol agung warisan Islam dan Maghribi.

Selepas makan tengah hari di restoran, perjalanan diteruskan ke Fez, bandar purba yang terkenal dengan medina zaman pertengahan dan monumen bersejarahnya. Makan malam disediakan dan anda akan bermalam di Fez, bersedia menyelami kisah silamnya keesokan hari.

Hari 4

FEZ – CHEFCHAOUEN – TANGIER (MP/MT/MM)

Selepas bersarapan, anda akan menjelajah Medina Fez, sebuah tapak UNESCO yang memelihara seni bina dan budaya Islam sejak abad pertengahan. Singgah di Masjid Fez untuk solat Dhuhr sebelum menikmati makan tengah hari di restoran Halal.

Perjalanan diteruskan ke Chefchaouen, dikenali sebagai "Bandar Biru" yang indah di kaki Pergunungan Rif. Seterusnya, anda menuju ke Tangier, bandar pelabuhan yang menghubungkan Eropah dan Afrika. Makan malam Halal disediakan, dan anda bermalam di Tangier.

Hari 5

TANGIER – TARIFA – GRANADA (MP/MT/MM)

Hari ini, anda akan memulakan perjalanan dari Tangier ke Sepanyol dengan menyeberangi Selat Gibraltar menaiki feri ke Tarifa. Sebelum itu, nikmati pemandangan luar biasa di Cap Spartel, tempat pertemuan Laut Mediterranean dan Lautan Atlantik. Tiba di Sepanyol, anda berhenti untuk solat Dhuhr dan menikmati makan tengah hari Halal.

Perjalanan diteruskan ke Granada, di mana anda akan menunaikan solat di Masjid Granada (Mezquita Mayor) dan menjelajah Albaizin, kawasan bersejarah yang kaya dengan warisan Islam. Lawatan anda diakhiri dengan makan malam Halal dan bermalam di Granada.

Hari 6

GRANADA – CORDOBA – ECIJA (MP/MT/MM)

Selepas bersarapan, anda akan dibawa menjelajah keindahan Istana Alhambra dan Taman Generalife, lambang agung seni bina Islam yang memukau dengan panorama yang menenangkan.

Selesai makan tengah hari Halal dan solat Dhuhr, perjalanan diteruskan ke Córdoba, di mana anda akan melawat Masjid Córdoba (Mezquita-Catedral) yang tersohor dengan sejarah dan senibina Islam yang menakjubkan. Menikmati keindahan Menara Calahorra dan Jambatan Roman, anda teruskan ke Écija untuk makan malam Halal dan bermalam di sana.

Hari 7

ECIJA – SEVILLE – ELVAS  (MP/MT/MM)

Selepas bersarapan di Écija, anda akan memulakan perjalanan ke Seville, sebuah bandar yang kaya dengan senibina istana megah berpengaruh Islam. Di sana, anda akan meneroka Plaza de España, menikmati keindahan seni bina dan suasana yang meriah.

Solat Dhuhr akan ditunaikan di Masjid Seville, diikuti dengan makan tengah hari di restoran Halal. Seterusnya, perjalanan diteruskan ke Elvas, Portugal, untuk makan malam Halal dan bermalam di bandar bersejarah tersebut.

Hari 8

ELVAS – LISBON – ELVAS  (MP/MT/MM)

Perjalanan diteruskan ke Lisbon, ibu negara Portugal yang penuh dengan warisan dan budaya. Anda akan melawat Belém Tower dan Biara Jerónimos, dua tapak Warisan Dunia UNESCO yang menggambarkan keagungan seni bina zaman kegemilangan Portugal. Kemudian, singgah di Rossio Square dan Rua Augusta Arch, menikmati suasana bandar yang hidup.

Solat Dhuhr akan ditunaikan di Masjid Lisbon, diikuti dengan makan tengah hari. Sebelum kembali ke Elvas, anda berpeluang membeli-belah di Freeport Outlet, pusat beli-belah terbesar di Eropah. Makan malam Halal dan bermalam di Elvas.

Hari 9

ELVAS – TOLEDO – MADRID (MP/MT/MM)

Selepas sarapan, anda akan bertolak dari Elvas ke kota warisan dunia, Toledo. Dalam perjalanan, anda akan berhenti untuk makan tengah hari dan menunaikan solat Dhuhr di Mezquita de las Tornerías, masjid lama yang menyimpan nilai sejarah Islam di Sepanyol.

Seterusnya, terokai Alcazar of Toledo, sebuah kubu megah yang menawarkan pemandangan menakjubkan bandar Toledo. Perjalanan diteruskan ke Madrid untuk makan malam dan bermalam, bersedia untuk pengalaman bandaraya yang penuh budaya dan sejarah.

Hari 10

MADRID (MP/MT/MM)

Hari ini anda akan mengembara meneroka keindahan kota Madrid, ibu negara Sepanyol yang penuh budaya dan sejarah. Lawatan bermula dengan solat Dhuhr di Masjid Pusat Madrid, diikuti makan tengah hari. Anda kemudian akan mengunjungi Royal Palace, Puerta del Sol, Gran Vía dan Plaza Mayor, destinasi ikonik Madrid.

Nikmati masa lapang untuk membeli-belah di Gran Vía sebelum meneruskan ke Las Rozas Village, syurga membeli-belah jenama terkemuka. Makan malam di restoran Halal dan bermalam di Madrid

Hari 11

MADRID – AIRPORT (MP/MOB)

Sebelum mengakhiri pengembaraan anda di bumi Maghribi, Portugal dan Sepanyol, anda sempat bersarapan dan singgah bergambar di hadapan Stadium Bernabeu, rumah kepada kelab bola sepak lagenda Real Madrid. Selepas itu, anda berangkat meninggalkan Madrid, membawa pulang kenangan manis dari setiap kota bersejarah yang anda lawati sepanjang perjalanan ini

Hari 12

TIBA DI KUALA LUMPUR

Akhirnya, anda selamat tiba di tanah air tercinta. Setelah menjelajah tiga negara penuh sejarah dan keindahan — kini anda kembali dengan hati yang penuh syukur, jiwa yang kaya dengan pengalaman, dan memori yang akan kekal selamanya. Selamat kembali ke pangkuan keluarga. HOME SWEET HOME :)

Itinerari akan berubah mengikut kepada pemandu pelancong tanpa notis awal terlebih dahulu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan

nota tambahan

  1. Semua pek makanan malam harus dibawa oleh pelanggan menggunakan kapasiti bagasi yang dibenarkan oleh syarikat penerbangan.
  2. Jadual penerbangan atau jadual akhir mungkin berubah tanpa notis awal. Sebarang perubahan pada penerbangan bergantung kepada jadual penerbangan pada tempoh tersebut.
  3.  Dapatkan nasihat kami terlebih dahulu sebelum anda membeli sebarang tiket penerbangan domestik.
  4. Pakej ini tidak termasuk makan tengahari, pihak agensi akan mengesyorkan Restoran Halal di setiap tempat lawatan yang bersesuaian.
  5. Disarankan bawa makanan ringan untuk kudapan sepanjang lawatan kerana kebanyakkan Restoran tidak halal
  6. Untuk yang bragama islam bawa kelengkapan ( botol spray berisi air ).
  7. Pastikan wang dan passport di simpan dan dijaga dengan rapi dan selamat.
  8. Aktifkan kredit kad / Debit Kad untuk penggunaan transaksi luar Negara.
  9. Harga tertakluk kepada perubahan tanpa notis sekiranya berlaku kenaikan tambang penerbangan yang ketara sebelum tarikh berlepas. Sebutharga ini berdasarkan kadar tambang penerbangan dan harga hotel semasa. Syarikat berhak untuk mengubah harga pakej tanpa sebarang notis awal.
  10. Tip untuk pemandu pelancong dan pemandu: RM350 seorang.
  11. Caj Musim Puncak: RM300

borang tempahan

Name*
Tel*
Email*
Pax*
Tarikh Penerbangan*

(Akan dikemaskini, hubungi kami untuk maklumat lanjut)

Tempah
Sekarang