Pakej Golden Triangle Europe

8H6M Golden Triangle of West Europe

Ikuti perjalanan istimewa menyusuri segitiga emas Eropah Barat yang terkenal. Lawati Istana Windsor, Big Ben, Atomium Brussels, perkampungan Giethoorn yang tenang serta Menara Eiffel yang ikonik. Disusun rapi untuk percutian santai, selesa dan penuh kenangan indah.

Harga Bermula
RM 7390

Jadual Penerbangan

Harga tertakluk kepada tarikh perjalanan, sila lihat CRM untuk harga lengkap
CWB: kanak-kanak berkatil / CNB: kanak-kanak tanpa katil
Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah (11 tahun 12 bulan)
Bayi 0 – 2 tahun (1 tahun 12 bulan)

*Tiket penerbangan tertakluk kepada perubahan tanpa notis jika terdapat kenaikan harga yang ketara sebelum berlepas. Sebut harga ini berdasarkan kadar tiket penerbangan dan hotel semasa. Syarikat berhak untuk menyesuaikan harga pakej pelancongan tanpa notis terlebih dahulu

pakej termasuk

Tiket penerbangan pergi balik (kelas ekonomi) berserta elaun bagasi
Pengangkutan
Semua bayaran parking kenderaan, permit dan cukai
Pemandu pelancong professional
Sarapan pagi
Penginapan

pakej tidak termasuk

Optional Tour

No data found

Bonus

No data found

cadangan aturcara

HariAturcara
Hari 1

KUALA LUMPUR - LONDON

Perjalanan anda bermula apabila anda berkumpul di KLIA empat jam sebelum penerbangan. Selepas selesai urusan daftar masuk dan pemeriksaan keselamatan, anda akan menaiki penerbangan ke Lapangan Terbang Heathrow, London. Setibanya di sana, anda akan dibawa melawat Istana Windsor, iaitu istana tertua dan terbesar yang masih didiami serta digunakan oleh keluarga diraja. Anda boleh mengambil gambar kenangan dan melihat keindahan seni bina istana ini dari luar. Selepas itu, anda akan dibawa ke hotel untuk daftar masuk dan bermalam di London


Meal on Board

Hari 2

LONDON

Selepas sarapan pagi, anda akan memulakan lawatan ke pusat bandar London. Lawatan termasuk perhentian bergambar di Stadium Emirates (Arsenal) atau Stamford Bridge (Chelsea), Tower Bridge, Big Ben, dan London Eye. Anda juga akan melihat Houses of Parliament, Istana Buckingham, serta melalui kawasan bersejarah seperti Westminster Abbey dan St. James's Palace. Seterusnya, anda berpeluang membeli-belah di Oxford Street, ka-wasan beli-belah tersibuk di London. Bermalam di London


Sarapan

Hari 3

LONDON - BRUSSELS - AMSTERDAM

Selepas bersarapan dan daftar keluar hotel, anda akan bertolak ke Brussels melalui feri dari Dover atau kereta api Eurotunnel. Setibanya di Brussels, anda akan melawat Atomium, struktur ikonik yang dibina untuk Pameran Dunia 1958. Lawatan bandar diteruskan secara panorama dan berjalan kaki meliputi Grand Place, Manneken Pis, dan mercu tanda lain. Anda juga akan diberi masa lapang untuk berehat atau menikmati kopi di kafe tempatan.Seterusnya, anda akan bertolak ke Amsterdam dan bermalam di sana


Sarapan

Hari 4

AMSTERDAM

Hari ini anda akan melawat Zaanse Schans, sebuah perkampungan Belanda klasik yang menampilkan kincir angin bersejarah, rumah kayu dan muzium kraf tangan. Seterusnya, anda akan ke Giethoorn Village, perkampun-gan tanpa kenderaan yang terkenal dengan terusan indah dan rumah bumbung jerami. Anda juga akan singgah untuk menunaikan solat di Islamic Faith Foundation. Kemudian, nikmati masa lapang untuk membeli- belah dan bersiar-siar di kawasan Damrak, nadi kota Amsterdam. Bermalam di Amsterdam


Sarapan 

Hari 5

AMSTERDAM - BRUSSELS - PARIS 

Selepas bersarapan dan daftar keluar, anda akan menuju ke La Vallée Village Outlet untuk membeli-belah. Pusat membeli-belah ini terkenal dengan jenama-jenama pereka pada harga diskaun. Kemudian, perjalanan diteruskan ke Paris, dan anda akan daftar masuk hotel dan bermalam di kota romantis ini


Sarapan 

Hari 6

PARIS

Selepas sarapan, anda akan memulakan hari dengan sesi bergambar di Arc de Triomphe dan Menara Eiffel.

Kemudian, anda boleh menunaikan solat di Masjid Agung Paris (Grand Mosque of Paris). Lawatan bandar secara panorama turut meliputi Champs-Elysées, Musée du Louvre, dan Katedral Notre Dame. Selepas itu, anda kembali ke hotel untuk bermalam di Paris


Sarapan 

Hari 7

PARIS - KUALA LUMPUR 

Selepas sarapan dan daftar keluar dari hotel, anda akan dipindahkan ke Lapangan Terbang Charles de Gaulle untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur


Sarapan | Meal on Board

Hari 8

TIBA DI MALAYSIA

Selamat pulang ke tanah air! Semoga perjalanan ini meninggalkan kenangan terindah sepanjang lawatan ke empat negara menarik Eropah Barat: United Kingdom, Belgium, Belanda, dan Perancis

Itinerari akan berubah mengikut kepada pemandu pelancong tanpa notis awal terlebih dahulu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan

nota tambahan

  1. Jadual penerbangan atau jadual akhir mungkin berubah tanpa notis awal. Sebarang perubahan pada penerbangan bergantung kepada jadual penerbangan pada tempoh tersebut.
  2.  Dapatkan nasihat kami terlebih dahulu sebelum anda membeli sebarang tiket penerbangan domestik.
  3. Pakej ini tidak termasuk makan tengahari, pihak agensi akan mengesyorkan Restoran Halal di setiap tempat lawatan yang bersesuaian.
  4. Disarankan bawa makanan ringan untuk kudapan sepanjang lawatan kerana kebanyakkan Restoran tidak halal
  5. Untuk yang bragama islam bawa kelengkapan ( botol spray berisi air ).
  6. Pastikan wang dan passport di simpan dan dijaga dengan rapi dan selamat.
  7. Aktifkan kredit kad / Debit Kad untuk penggunaan transaksi luar Negara.
  1. Kadar harga yang dinyatakan tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
  2. Tempahan akan dibuat setelah menerima pengesahan daripada pihak anda.
  3. Pengesahan bilik hotel adalah tertakluk kepada kekosongan semasa tempahan dibuat.
  4. Caj tambahan musim puncak (high season) akan dimaklumkan kemudian sekiranya berkenaan.
  5. Atur cara perjalanan (itinerary) tertakluk kepada perubahan mengikut budi bicara pihak pengendali darat.
  6. MUEZZA TRAVEL & TOURS serta ejennya berhak untuk mengubah atau meminda program dan kadar harga tanpa notis awal sekiranya berlaku keadaan di luar jangkaan.
  7. Tiada bayaran balik akan diberikan bagi perkhidmatan yang tidak digunakan akibat keadaan yang tidak dapat dielakkan.
  8. Sebarang perkhidmatan yang tidak digunakan adalah tidak boleh dikembalikan (non-refundable).
  9. Sekiranya seseorang peserta gagal melepasi pemeriksaan imigresen di lapangan terbang antarabangsa, bayaran pakej pelancongan adalah tidak akan dikembalikan.
  10. MUEZZA TRAVEL & TOURS bertindak hanya sebagai ejen untuk mengatur perkhidmatan daripada pihak ketiga seperti syarikat penerbangan, hotel, feri, bas dan lain-lain.
  11. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tindakan, kecuaian, kegagalan perkhidmatan atau perubahan peraturan oleh penyedia perkhidmatan atau pihak kerajaan.
Perkara Maklumat
Bayaran Deposit RM1,000 seorang
Bank Maybank
No. Akaun 5626 8321 9058
Nama Akaun MUEZZA TRAVEL & TOURS

borang tempahan

Name*
Tel*
Email*
Pax*
Tarikh Penerbangan*

(Akan dikemaskini, hubungi kami untuk maklumat lanjut)

Tempah
Sekarang