
11H9M Favourite West Europe
Jelajahi 6 negara Eropah Barat - United Kingdom, Belgium, Netherland, Germany, Switzerland, France.
Harga Bermula
Jadual Penerbangan
Tarikh | Musim | Twin/Triple | Single | Child with Bed | Child no Bed | Infants |
---|---|---|---|---|---|---|
25 OCT 2024 | AUTUMN | RM 9,999 | RM 11,499 | RM 9,699 | RM 9,199 | RM 1,800 |
14 NOV 2024 | AUTUMN | RM 9,999 | RM 11,499 | RM 9,699 | RM 9,199 | RM 1,800 |
23 NOV 2024 | AUTUMN | RM 9,999 | RM 11,499 | RM 9,699 | RM 9,199 | RM 1,800 |
07 DEC 2024 | WINTER | RM 9,999 | RM 11,499 | RM 9,699 | RM 9,199 | RM 1,800 |
*22 DEC 2024 | WINTER | RM 10,299 | RM 11,799 | RM 9,999 | RM 9,499 | RM 1,800 |
*17 JAN 2025 | WINTER | RM 10,299 | RM 11,799 | RM 9,999 | RM 9,499 | RM 1,800 |
*24 JAN 2025 | WINTER | RM 10,299 | RM 11,799 | RM 9,999 | RM 9,499 | RM 1,800 |
*06 FEB 2025 | WINTER | RM 10,299 | RM 11,799 | RM 9,999 | RM 9,499 | RM 1,800 |
04 APR 2025 | SPRING | RM 11,199 | RM 12,699 | RM 10,899 | RM 10,399 | RM 1,800 |
18 APR 2025 | SPRING | RM 11,199 | RM 12,699 | RM 10,899 | RM 10,399 | RM 1,800 |
02 MAY 2025 | SPRING | RM 11,199 | RM 12,699 | RM 10,899 | RM 10,399 | RM 1,800 |
16 MAY 2025 | SPRING | RM 11,199 | RM 12,699 | RM 10,899 | RM 10,399 | RM 1,800 |
08 JUNE 2025 | SUMMER | RM 9,999 | RM 11,499 | RM 9,699 | RM 9,199 | RM 1,800 |
04 SEP 2025 | AUTUMN | RM 9,999 | RM 11,499 | RM 9,699 | RM 9,199 | RM 1,800 |
*14 SEPT 2025 | AUTUMN | RM 10,299 | RM 11,799 | RM 9,999 | RM 9,499 | RM 1,800 |
03 OCT 2025 | AUTUMN | RM 9,999 | RM 11,499 | RM 9,699 | RM 9,199 | RM 1,800 |
24 OCT 2025 | AUTUMN | RM 9,999 | RM 11,499 | RM 9,699 | RM 9,199 | RM 1,800 |
14 NOV 2025 | AUTUMN | RM 9,999 | RM 11,499 | RM 9,699 | RM 9,199 | RM 1,800 |
23 NOV 2025 | AUTUMN | RM 9,999 | RM 11,499 | RM 9,699 | RM 9,199 | RM 1,800 |
*04 DEC 2025 | AUTUMN | RM 9,999 | RM 11,499 | RM 9,699 | RM 9,199 | RM 1,800 |
*26 DEC 2025 | WINTER | RM 10,299 | RM 11,799 | RM 9,999 | RM 9,499 | RM 1,800 |
Harga tertakluk kepada tarikh perjalanan, sila lihat CRM untuk harga lengkap
CWB: kanak-kanak berkatil / CNB: kanak-kanak tanpa katil
Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah (11 tahun 12 bulan)
Bayi 0 – 2 tahun (1 tahun 12 bulan)
*Tiket penerbangan tertakluk kepada perubahan tanpa notis jika terdapat kenaikan harga yang ketara sebelum berlepas. Sebut harga ini berdasarkan kadar tiket penerbangan dan hotel semasa. Syarikat berhak untuk menyesuaikan harga pakej pelancongan tanpa notis terlebih dahulu
pakej termasuk
pakej tidak termasuk
Optional Tour
- Eye Of London
- Mt Tiltis
- Eiffel Tower
Bonus
cadangan aturcara
Hari | Aturcara |
---|---|
Hari 1 | KETIBAAN – LONDON – WINDSOR – LONDON (MOB) Anda berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA empat jam sebelum penerbangan ke London. Tiba di Lapangan Terbang Heathrow, anda akan terus dibawa melawat dan bergambar di luar Istana Windsor, kediaman diraja tertua yang masih digunakan. Istana ini terkenal dengan seni bina klasik dan sejarah panjang keluarga diraja British. Selepas itu, anda akan dipindahkan ke hotel untuk daftar masuk dan berehat setelah perjalanan jauh. Malam ini, anda bermalam di London, bersedia untuk meneroka kota ikonik ini keesokan harinya. |
Hari 2 | LAWATAN BANDAR LONDON (MP/MM (BUNGKUS)) Selepas sarapan, anda akan memulakan lawatan ke pusat bandar London. Singgah sebentar untuk bergambar di Stadium Emirates atau Chelsea FC. Seterusnya, anda akan bergambar di Tower Bridge, Big Ben, dan London Eye, antara mercu tanda paling terkenal di dunia. Anda juga akan melihat House of Parliament, Istana Buckingham, serta melalui kawasan Westminster Abbey dan St James Palace. Setelah itu, anda akan dibawa ke Oxford Street untuk membeli-belah dan menikmati masa bebas. Akhir anda akan bermalam di London |
Hari 3 | LONDON – BRUSSELS (MP/MM (BUNGKUS)) Pagi ini, selepas sarapan dan daftar keluar, anda akan menaiki feri atau terowong tren dari London menuju ke Brussels, Belgium. Setibanya di sana, anda akan dibawa melawat ikon kota iaitu Atomium, sebuah struktur futuristik yang unik. Lawatan bandar Brussels diteruskan dengan gabungan ‘panaromic’ dan berjalan kaki di sekitar bandar Brussels, di mana anda dapat melihat senibina Eropah klasik dan merasai suasana tempatan. Selepas sesi bergambar dan masa lapang, makan malam bungkus disediakan. Anda akan bermalam di Brussels. |
Hari 4 | BRUSSELS - AMSTERDAM (MP/MM (BUNGKUS)) Selepas sarapan dan daftar keluar, anda akan bertolak ke Amsterdam, Belanda. Lawatan dimulakan dengan kunjungan ke Taman Keukenhof yang terkenal dengan bunga tulip berwarna-warni (April sahaja). Kemudian, anda singgah untuk solat di Islamic Faith Foundation. |
Hari 5 | AMSTERDAM – FRANKFURT (MP/MM (BUNGKUS)) Selepas sarapan dan daftar keluar, anda akan dibawa membeli-belah di Roermond Designer Outlet, pusat membeli-belah berjenama terkenal. Kemudian, perjalanan jauh diteruskan menuju ke Frankfurt, Jerman. Setibanya, anda akan menjelajah bandar dengan melihat lokasi bersejarah dan moden seperti Frankfurter Römer, dataran bersejarah yang menjadi simbol bandar, Hauptwache, dan bangunan Tower. Anda juga akan melalui Mainkai, kawasan tepi sungai yang mempesona, Börse (bursa saham), Karmeliterkloster, dan Goethe’s House, rumah kelahiran sasterawan terkenal. Makan malam bungkus dan bermalam di Frankfurt. |
Hari 6 | FRANKFURT – ZURICH (MP/MM (BUNGKUS)) Pagi ini selepas sarapan dan daftar keluar, anda akan menuju ke kawasan pergunungan Black Forest untuk menikmati keindahan Tasik Titisee, terkenal dengan pemandangan indah dan jam kuku. Perjalanan diteruskan ke sempadan Switzerland untuk melawat Rhein Falls, air terjun terbesar di Eropah. Bagi yang berminat, anda boleh memilih aktiviti bot di Rhine Falls (pre collect). Setelah itu, anda meneruskan perjalanan ke Zurich dan daftar masuk hotel. Makan malam disediakan secara bungkus. Anda akan bermalam di Zurich, bandar paling kosmopolitan di Switzerland. |
Hari 7 | ZURICH – ENGELBERG – LUCERNE (MP/MM (BUNGKUS)) Selepas sarapan, anda akan dibawa ke kawasan pergunungan Engelberg untuk melawat kawasan Gunung Titlis. Bagi yang berminat, boleh memilih untuk naik ke puncak salji dengan kereta kabel (pre collect), menikmati pengalaman salji dan glasier. Kemudian, perjalanan diteruskan ke bandar indah Lucerne untuk bergambar di Jambatan Chapel (Chapel Bridge), Tasik Lucerne dan butik mewah Bucherer. Setelah selesai, anda akan dihantar kembali ke Zurich untuk makan malam bungkus dan bermalam. |
Hari 8 | ZURICH – DIJON – PARIS (MP/MM (BUNGKUS)) Pagi ini selepas sarapan dan daftar keluar, anda akan memulakan perjalanan panjang ke Perancis dengan persinggahan di bandar klasik Dijon. Di sini, anda akan bergambar di DataranLiberation, Istana Dukes of Burgundy, dan kawasan lama Vielle Ville yang mengekalkan senibina zaman pertengahan. Kemudian, perjalanan diteruskan ke ibu negara Paris. Setibanya, anda boleh memilih untuk menikmati pemandangan Menara Eiffel pada waktu malam (pilihan tambahan). Makan malam bungkus disediakan dan anda akan bermalam di Paris. |
Hari 9 | LAWATAN BANDAR PARIS (MP/MM (BUNGKUS)) Selepas sarapan, anda akan memulakan lawatan sekitar kota Paris. Bergambar di Arc de Triomphe, dan menikmati pemandangan Menara Eiffel, ikon Perancis yang mendunia. Kemudian, anda akan singgah di Masjid Besar Paris untuk solat dan merasai suasana komuniti Islam tempatan. Anda juga akan melalui Champs-Élysées, Musée du Louvre dan Notre-Dame de Paris dalam lawatan panorama. Kemudian, masa bebas untuk membeli-belah di La Vallée Village, syurga beli-belah dengan jenama mewah. Makan malam bungkus dan bermalam di Paris. |
Hari 10 | PARIS - BERLEPAS (MP/MOB) Setelah sarapan dan daftar keluar, anda akan dibawa ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Malaysia. Sepanjang perjalanan, pastinya banyak kenangan manis dan gambar indah yang akan menjadi memori berharga bersama keluarga dan rakan. Semoga perjalanan ini menjadi inspirasi dan menyuburkan semangat untuk terus meneroka dunia. Penerbangan pulang akan mengambil masa panjang, dan anda dinasihatkan untuk berehat secukupnya di dalam pesawat. |
Hari 11 | TIBA DI MALAYSIA Selamat pulang ke tanah air! Setelah perjalanan selama hampir dua minggu merentas 6 negara, anda tiba semula di Malaysia. Pengalaman mengunjungi pelbagai tempat bersejarah, kota moden, alam semula jadi dan budaya pelbagai bangsa pasti memberi perspektif baharu dalam hidup. Semoga segala pengalaman yang dikutip dapat dikongsikan bersama insan tersayang. Selamat kembali, dan semoga berjumpa lagi di kembara akan datang! |
Itinerari akan berubah mengikut kepada pemandu pelancong tanpa notis awal terlebih dahulu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan
nota tambahan
- Jadual penerbangan atau jadual akhir mungkin berubah tanpa notis awal. Sebarang perubahan pada penerbangan bergantung kepada jadual penerbangan pada tempoh tersebut.
- Dapatkan nasihat kami terlebih dahulu sebelum anda membeli sebarang tiket penerbangan domestik.
- Pakej ini tidak termasuk makan tengahari, pihak agensi akan mengesyorkan Restoran Halal di setiap tempat lawatan yang bersesuaian.
- Disarankan bawa makanan ringan untuk kudapan sepanjang lawatan kerana kebanyakkan Restoran tidak halal
- Untuk yang bragama islam bawa kelengkapan ( botol spray berisi air ).
- Pastikan wang dan passport di simpan dan dijaga dengan rapi dan selamat.
- Aktifkan kredit kad / Debit Kad untuk penggunaan transaksi luar Negara.
borang tempahan
(Akan dikemaskini, hubungi kami untuk maklumat lanjut)
Sekarang