Pakej Scandinavian

10H8M Favourite Magical Scandinavian (Norway, Sweden, Denmark)

Oslo, Bergen, Flam, Fjord Safari, Geilo, Sarpsborg & Copenhagen

Harga Bermula
RM 12599

Jadual Penerbangan

will update soon

Harga tertakluk kepada tarikh perjalanan, sila lihat CRM untuk harga lengkap
CWB: kanak-kanak berkatil / CNB: kanak-kanak tanpa katil
Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah (11 tahun 12 bulan)
Bayi 0 – 2 tahun (1 tahun 12 bulan)

*Tiket penerbangan tertakluk kepada perubahan tanpa notis jika terdapat kenaikan harga yang ketara sebelum berlepas. Sebut harga ini berdasarkan kadar tiket penerbangan dan hotel semasa. Syarikat berhak untuk menyesuaikan harga pakej pelancongan tanpa notis terlebih dahulu

pakej termasuk

Tiket Antarabangsa Pulang + Cukai (bagasi, mob, cukai)
Airport transfer, ke tempat lawatan, dengan kenderaan bas peribadi
Pemandu Berbahasa Inggeris
Semua tol & Cukai Bandar
Penginapan 03 Bintang atau Setaraf
Sarapan Antarabangsa/Inggeris di hotel
7x Pek Makan Malam disediakan oleh Nuh Travel (Diatur dari Malaysia)
Pemandu Pelancong Berbahasa Melayu atau Inggeris (Wakil Syarikat)
Kereta Api Flam
Bot Peribadi Fjord

pakej tidak termasuk

Optional Tour

No data found

Bonus

No data found

cadangan aturcara

HariAturcara
Hari 1

KUALA LUMPUR – TRANSIT – OSLO (MOB)

Anda akan berkumpul di KLIA dan memulakan perjalanan udara ke Oslo, Norway. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Oslo, anda akan disambut oleh pemandu dan terus menuju ke bandar.
Lawatan bermula di Islamic Center diikuti makan tengah hari di restoran halal tempatan. Seterusnya, anda akan meneroka Akershus Fortress, kubu bersejarah yang menghadap ke Oslofjord, sebelum daftar masuk hotel untuk berehat dan bermalam di Oslo.

 

Hari 2

OSLO TOUR (MP/MM)

Selepas sarapan, anda akan dibawa ke Vigeland Sculpture Park, sebuah taman unik yang memaparkan lebih 200 arca karya Gustav Vigeland – sesuai untuk bersiar-siar santai dan bergambar. Seterusnya, anda berpeluang ke Viking Ship Museum (pilihan), untuk menyelami sejarah epik Viking Norway.
Kemudian, anda akan bersantai di Aker Brygge, kawasan pelabuhan yang meriah dengan pemandangan indah, kedai-kedai menarik dan pilihan makanan halal-friendly. Selebihnya adalah masa bebas di Oslo – sama ada untuk meneroka sendiri atau membeli-belah (atas perbelanjaan sendiri). Anda akan bermalam lagi di Oslo.

Hari 3

OSLO – BERGEN (MP/MM)

Selepas bersarapan dan daftar keluar, anda memulakan perjalanan yang mempesona ke Bergen dengan pemandangan indah sepanjang jalan—gunung bersalji, fjord, dan lembah yang menenangkan. Sebelum meninggalkan Oslo, anda singgah sebentar untuk melihat mercu tanda ibu kota yang kaya sejarah dan seni.

Perjalanan diteruskan merentasi landskap Norway yang memukau sebelum anda bermalam di Bergen, sebuah bandar pelabuhan bersejarah yang menanti untuk diterokai.

Hari 4

BERGEN – FLAM – FJORD SAFARI (MP/MM)

Selepas bersarapan dan daftar keluar, anda menuju ke Stesen Myrdal untuk menaiki Flam Railway, laluan kereta api paling indah di dunia. Di sepanjang perjalanan, anda akan terpukau dengan keindahan Air Terjun Kjosfossen yang megah. Setibanya di Flam, anda meneroka kota kecil yang terletak di antara fjord tercantik dunia.

Kemuncaknya ialah pengalaman menaiki bot persendirian menyusuri fjord, melihat hidupan marin dan keajaiban semula jadi Norway. Bermalam di Bergen, penuh dengan kenangan luar biasa.

Hari 5

BERGEN -GEILO (MP/MM)

Selepas bersarapan dan daftar keluar, anda akan dibawa ke Stegastein Viewpoint, platform ikonik dengan pemandangan fjord yang luar biasa memukau dari ketinggian. Kemudian, anda menyusuri masa silam di Viking Valley, sebuah kampung Viking autentik yang membolehkan anda merasai sendiri warisan Norway.

Seterusnya, perjalanan diteruskan ke Geilo – sebuah bandar resort yang tenang dan cantik. Hari anda berakhir dengan waktu bebas untuk bersantai. Bermalam di Geilo atau Voss, di tengah keindahan semula jadi.

Hari 6

GEILO/VOSS - SARPSBORG/FREDRIKSTAD (MP/MM)

Selepas bersarapan dan daftar keluar, anda akan dibawa melalui perjalanan yang indah ke Sarpsborg atau Fredrikstad, dua bandar yang terkenal dengan pemandangan semula jadi yang mempesona dan sejarah yang menarik. Setibanya di sana, anda berpeluang untuk menikmati masa bebas meneroka bandar lama, pelabuhan klasik dan suasana santai di tep sungai. Hari anda diakhiri dengan penginapan semalaman di Sarpsborg atau Fredrikstad.

Hari 7

SARPSBORG/ FREDRIKSTAD– GOTHENBURG –COPENHAGEN (MP/MM)

Selepas bersarapan dan daftar keluar, anda akan bertolak ke Gothenburg dan singgah di Masjid Gothenburg untuk berhenti rehat serta
menunaikan solat. Kemudian, nikmati suasana di Feskekorka, pasar ikan unik yang menawarkan pelbagai hasil laut termasuk salmon salai.

Perjalanan panjang akan membawa anda menuju Copenhagen, ibu kota Denmark dengan merentas Jambatan Oresund, jambatan bawah laut yang menghubungkan Malmo ke Copenhagen. Akhirnya, anda bermalam di Copenhagen, bandar penuh pesona Eropah Utara.

Hari 8

COPENHAGEN (MP/MM)

Selepas sarapan di hotel, anda akan memulakan penjelajahan di Freetown Christiania – ‘canabistown’, kawasan komuniti unik di Denmark yang terkenal dengan gaya hidup bebas dan seni jalanan.
Seterusnya, nikmati pemandangan di Copenhagen dengan perhentian bergambar di Little Mermaid, patung ikonik yang terkenal, serta Gefion Fountain. Anda juga boleh berjalan-jalan di sekitar Nyhavn Harbour, kawasan pelabuhan yang berwarna-warni. Akhirnya, anda akan ke Rokkedyssegaard untuk melihat tanaman buah di sana. Malam dihabiskan di Copenhagen.

Hari 9

PENERBANGAN PULANG (MP/MM)

Selepas sarapan di hotel, anda akan meluangkan masa untuk membeli-belah di kedai cenderamata Copenhagen, membawa pulang kenangan dari percutian ini. Kemudian, anda akan diiringi ke lapangan terbang untuk penerbangan kembali ke Malaysia

Hari 10

TRANSIT – TIBA DI KUALA LUMPUR

Selamat tiba di Kuala Lumpur, anda telah kembali dengan penuh kenangan!

Itinerari akan berubah mengikut kepada pemandu pelancong tanpa notis awal terlebih dahulu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan

nota tambahan

  1. Semua pek makanan malam harus dibawa oleh pelanggan menggunakan kapasiti bagasi yang dibenarkan oleh syarikat penerbangan.
  2. Jadual penerbangan atau jadual akhir mungkin berubah tanpa notis awal. Sebarang perubahan pada penerbangan bergantung kepada jadual penerbangan pada tempoh tersebut.
  3.  Dapatkan nasihat kami terlebih dahulu sebelum anda membeli sebarang tiket penerbangan domestik.
  4. Pakej ini tidak termasuk makan tengahari, pihak agensi akan mengesyorkan Restoran Halal di setiap tempat lawatan yang bersesuaian.
  5. Disarankan bawa makanan ringan untuk kudapan sepanjang lawatan kerana kebanyakkan Restoran tidak halal
  6. Untuk yang bragama islam bawa kelengkapan ( botol spray berisi air ).
  7. Pastikan wang dan passport di simpan dan dijaga dengan rapi dan selamat.
  8. Aktifkan kredit kad / Debit Kad untuk penggunaan transaksi luar Negara.
  9. Harga tertakluk kepada perubahan tanpa notis sekiranya berlaku kenaikan tambang penerbangan yang ketara sebelum tarikh berlepas. Sebutharga ini berdasarkan kadar tambang penerbangan dan harga hotel semasa. Syarikat berhak untuk mengubah harga pakej tanpa sebarang notis awal.
  10. Tip untuk pemandu pelancong dan pemandu: RM350 seorang.
  11. Caj Musim Puncak: RM300

borang tempahan

Name*
Tel*
Email*
Pax*
Tarikh Penerbangan*

(Akan dikemaskini, hubungi kami untuk maklumat lanjut)

Tempah
Sekarang