Pakej Swiss Milan

9H7M Bliss of Swiss Milan

Nikmati gabungan sempurna kota fesyen Itali dan keindahan alam Switzerland dalam satu perjalanan eksklusif. Dari Milan yang bergaya, ke tasik romantik Lake Como, hingga panorama alpine Switzerland yang memukau. Pakej ini menjanjikan pengalaman Eropah yang tenang, indah dan penuh kenangan istimewa.

Harga Bermula
RM 7999

Jadual Penerbangan

Harga tertakluk kepada tarikh perjalanan, sila lihat CRM untuk harga lengkap
CWB: kanak-kanak berkatil / CNB: kanak-kanak tanpa katil
Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah (11 tahun 12 bulan)
Bayi 0 – 2 tahun (1 tahun 12 bulan)

*Tiket penerbangan tertakluk kepada perubahan tanpa notis jika terdapat kenaikan harga yang ketara sebelum berlepas. Sebut harga ini berdasarkan kadar tiket penerbangan dan hotel semasa. Syarikat berhak untuk menyesuaikan harga pakej pelancongan tanpa notis terlebih dahulu

pakej termasuk

Tiket penerbangan pergi balik (kelas ekonomi) berserta elaun bagasi
Pengangkutan
Tiket kereta api ke Zermatt
Pemandu pelancong professional
Sarapan pagi
Penginapan

pakej tidak termasuk

Optional Tour

No data found

Bonus

No data found

cadangan aturcara

HariAturcara
Hari 1

KUALA LUMPUR - TRANSIT 

Pengembaraan anda bermula seawal di KLIA, berkumpul 4 jam sebelum penerbangan. Setelah penerbangan jauh merentasi benua, anda akan tiba di Lapangan Terbang Milan Malpensa, Itali. Di sinilah, udara Eropah menyambut anda dengan segarnya


Meal on Board

Hari 2

TIBA DI MILAN - LAWATAN DI MILAN

Setibanya anda di Lapangan Terbang Antarabangsa Milan, Malpensa pengembaraan anda bermula di kota fesyen dan seni dunia. Anda akan menjelajah Duomo Square dan Gothic Cathedral yang ikonik, singgah di La Scala Opera House serta Castello Sforzesco, bekas kediaman Duke of Milan. Nikmati detik santai di Hard Rock Café Milan sebelum bergambar di San Siro Stadium, rumah AC & Inter Milan. Anda bermalam di Milan dengan penuh kenangan pertama.

Hari 3

MILAN - SERRAVALLE OUTLET - LAKE COMO - MILAN

Pagi anda bermula dengan sarapan di hotel sebelum menuju ke Serravalle Designer Outlet, syurga beli belah berjenama terkenal. Seterusnya, anda akan menikmati keindahan semula jadi di Lake Como, tasik yang terkenal dengan pemandangan memukau. Di sini, anda akan terpesona dengan seni bina abad ke-16 dan Basilica di San Fedele, gereja tercantik di Como. Hari anda diakhiri dengan makan malam dan bermalam di Milan


Sarapan

Hari 4

MILAN - TASCH - ZERMATT - GENEVA

Selepas sarapan dan daftar keluar, anda akan bergerak ke Täsch dan menaiki kereta api ke Zermatt, sebuah perkampungan indah berusia lebih 500 tahun. Di sini, anda berpeluang merakam gambar berlatarbelakangkan Matterhorn Mountain yang ikonik. Kemudian, perjalanan diteruskan ke bandar antarabangsa Geneva untuk daftar masuk dan bermalam, bersedia untuk meneroka keesokannya


Sarapan 

Hari 5

GENEVA - ISELTWALD - LAUTERBRUNNEN - ZURICH

Selepas sarapan dan daftar keluar hotel, anda akan menuju ke Iseltwald, sebuah kampung indah di tepi Lake Brienz yang terkenal sebagai lokasi penggambaran drama Korea Crash Landing on You. Di sini, anda akan menikmati panorama memukau tasik alpine yang tenang. Lawatan diteruskan ke Lauterbrunnen, lembah menawan di kawasan Jungfrau, yang dikenali dengan keindahan semula jadi dan StaubbachFalls yang menjulang tinggi. Kemudian, bertolak ke Zurich untuk daftar masuk dan bermalam


Sarapan 

Hari 6

ZÜRICH - ENGELBERG - LUCERNE - ZURICH

Hari anda bermula dengan sarapan dan daftar keluar sebelum menuju ke Engelberg, sebuah kampung yang terkenal dengan aktiviti ski dan papan salji. Di sini, anda berpeluang menaiki Rotair Cable Car 360° menuju ke Mt. Titlis (lawatan pilihan) untuk pengalaman salji yang mengujakan. Seterusnya, anda akan ke Lucerne, melawat Chapel Bridge, Lion Monument dan menikmati keindahan Lake Lucerne. Bermalam di Zurich


Sarapan 

Hari 7

ZURICH - RHINE FALLS - CHOCOLATE FACTORY - ZURICH

Selepas sarapan dan daftar keluar, anda akan menuju ke Rhine Falls, air terjun terbesar di Eropah yang mempesona dengan derasnya aliran Sungai Rhine. Seterusnya, anda boleh menikmati pelayaran bot (lawatan pilihan). Kemudian, kunjungi Lindt Chocolate Factory, syurga buat pencinta coklat Switzerland. Di Zurich, anda akan menjelajah Old own yang bersejarah, St.Peter's Church dengan jam muka terbesar di Eropah, Bahnhofstrasse yang terkenal dengan butik mewah, Limmatquai di tepi sungai, dan Guild Houses yang klasik. Bermalam di Zurich


Sarapan 

Hari 8

PENERBANGAN PULANG - KUALA LUMPUR

Selepas sarapan dan daftar keluar, anda akan bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Zurich untuk pener-bangan pulang ke Kuala Lumpur. Tamatlah sudah pengembaraan indah anda menyusuri bandar bersejarah, per-kampungan klasik, dan keindahan Semula jadi Eropah. Semoga kenangan ini menjadi detik manis yang tak terlupakn


Sarapan 

Itinerari akan berubah mengikut kepada pemandu pelancong tanpa notis awal terlebih dahulu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan

nota tambahan

  1. Jadual penerbangan atau jadual akhir mungkin berubah tanpa notis awal. Sebarang perubahan pada penerbangan bergantung kepada jadual penerbangan pada tempoh tersebut.
  2.  Dapatkan nasihat kami terlebih dahulu sebelum anda membeli sebarang tiket penerbangan domestik.
  3. Pakej ini tidak termasuk makan tengahari, pihak agensi akan mengesyorkan Restoran Halal di setiap tempat lawatan yang bersesuaian.
  4. Disarankan bawa makanan ringan untuk kudapan sepanjang lawatan kerana kebanyakkan Restoran tidak halal
  5. Untuk yang bragama islam bawa kelengkapan ( botol spray berisi air ).
  6. Pastikan wang dan passport di simpan dan dijaga dengan rapi dan selamat.
  7. Aktifkan kredit kad / Debit Kad untuk penggunaan transaksi luar Negara.
  1. Kadar harga yang dinyatakan tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
  2. Tempahan akan dibuat setelah menerima pengesahan daripada pihak anda.
  3. Pengesahan bilik hotel adalah tertakluk kepada kekosongan semasa tempahan dibuat.
  4. Caj tambahan musim puncak (high season) akan dimaklumkan kemudian sekiranya berkenaan.
  5. Atur cara perjalanan (itinerary) tertakluk kepada perubahan mengikut budi bicara pihak pengendali darat.
  6. MUEZZA TRAVEL & TOURS serta ejennya berhak untuk mengubah atau meminda program dan kadar harga tanpa notis awal sekiranya berlaku keadaan di luar jangkaan.
  7. Tiada bayaran balik akan diberikan bagi perkhidmatan yang tidak digunakan akibat keadaan yang tidak dapat dielakkan.
  8. Sebarang perkhidmatan yang tidak digunakan adalah tidak boleh dikembalikan (non-refundable).
  9. Sekiranya seseorang peserta gagal melepasi pemeriksaan imigresen di lapangan terbang antarabangsa, bayaran pakej pelancongan adalah tidak akan dikembalikan.
  10. MUEZZA TRAVEL & TOURS bertindak hanya sebagai ejen untuk mengatur perkhidmatan daripada pihak ketiga seperti syarikat penerbangan, hotel, feri, bas dan lain-lain.
  11. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tindakan, kecuaian, kegagalan perkhidmatan atau perubahan peraturan oleh penyedia perkhidmatan atau pihak kerajaan.
Perkara Maklumat
Bayaran Deposit RM1,000 seorang
Bank Maybank
No. Akaun 5626 8321 9058
Nama Akaun MUEZZA TRAVEL & TOURS

borang tempahan

Name*
Tel*
Email*
Pax*
Tarikh Penerbangan*

(Akan dikemaskini, hubungi kami untuk maklumat lanjut)

Tempah
Sekarang