
10H7M Switzerland, Milan & Venice Tour
Zurich, Engelberg, Zermatt, Lake Como, Lake Thun, Milan & Venice
Harga Bermula
Jadual Penerbangan
will update soon
Harga tertakluk kepada tarikh perjalanan, sila lihat CRM untuk harga lengkap
CWB: kanak-kanak berkatil / CNB: kanak-kanak tanpa katil
Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah (11 tahun 12 bulan)
Bayi 0 – 2 tahun (1 tahun 12 bulan)
*Tiket penerbangan tertakluk kepada perubahan tanpa notis jika terdapat kenaikan harga yang ketara sebelum berlepas. Sebut harga ini berdasarkan kadar tiket penerbangan dan hotel semasa. Syarikat berhak untuk menyesuaikan harga pakej pelancongan tanpa notis terlebih dahulu
pakej termasuk
pakej tidak termasuk
Optional Tour
Bonus
cadangan aturcara
Hari | Aturcara |
---|---|
Hari 1 | Kuala Lumpur - Switzerland (MOB) Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (4 jam sebelum waktu penerbangan). Check-in tiket untuk penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Zurich, memulakan pengembaraan yang penuh dengan kejutan dan kenangan yang indah! |
Hari 2 | Switzerland - Zurich (MP/MT/MM-PACKFOOD) Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Zurich, peserta akan bertemu dengan pemandu pelancong sebelum memulakan lawatan ke Rhine Falls, air terjun terbesar di Eropah, dan Stein Am Village, sebuah perkampungan indah yang penuh pesona.
|
Hari 3 | Zurich – Lucerne – Engelberg – Zurich (MP/MT/MM-PACKFOOD) Selepas sarapan pagi, perjalanan diteruskan ke Lucerne, sebuah pekan yang mempesona dengan pemandangan indah Lake Lucerne. Di sana, anda akan bergambar di Wooden Chapel Bridge dan The Lion Monument yang terkenal. |
Hari 4 | Zurich – Lake Thun – Iseltwald– Zurich (MP/MT/MM-PACKFOOD) Selepas sarapan pagi, perjalanan diteruskan dengan melawat Lake Thun dan menikmati pengalaman menaiki bot di tasik yang menakjubkan ini. Seterusnya, lawatan diteruskan ke Iseltwald, sebuah kampung yang menawarkan pemandangan indah Tasik Brienz, yang terkenal sebagai lokasi dalam kdrama “Crash Landing on You”. Setelah menikmati pemandangan yang menakjubkan, bertolak kembali ke Zurich untuk bermalam di hotel. |
Hari 5 | Zurich – Täsch – Zermatt – Tasch (MP/MT/MM-PACKFOOD) Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel dan bertolak ke Tasik Blausse untuk menikmati keindahan alam. Perjalanan diteruskan ke Tasch, dari mana anda akan menaiki kereta api menuju ke Zermatt. Tiba di Zermatt, nikmati pemandangan kampung bersejarah yang sudah berusia lebih dari 500 tahun, sambil bergambar di pekan yang memukau dengan latar belakang Matterhorn Mountain. Setelah lawatan, kembali ke Tasch dan bermalam di hotel. |
Hari 6 | Tasch – Tasik Como – Milano (MP/MT/MM-PACKFOOD) Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel, perjalanan diteruskan ke Como untuk menikmati keindahan Tasik Como yang memukau dengan pemandangan menakjubkan. Lawatan diteruskan ke Basilica di San Fedele, sebuah gereja yang dianggap sebagai salah satu yang tercantik di Como, Itali. Seterusnya, anda akan bertolak kembali ke Milano, daftar masuk hotel, dan bermalam di sana. |
Hari 7 | Milan Tours – Serravalle Outlet – Milan (MP/MT/MM-PACKFOOD) Selepas sarapan pagi, anda akan bertolak ke Milan dan memulakan lawatan bandar yang merangkumi Duomo Square, Gothic Cathedral, La Scala Opera House, dan Castello Sforzesco. |
Hari 8 | Milan – Venice Island– Mestre (MP/MT/MM-PACKFOOD) Selepas sarapan pagi, anda akan bertolak ke Venice Island dengan menaiki “Water Bus” ke San Marco Venice. Di sini, anda akan mengunjungi San Marco Square, Basilica, Doge’s Palace, dan Bridge of Sighs yang terkenal. Jangan lupa untuk melawat Hard Rock Café dan jika berminat, nikmati gondola ride di sepanjang perairan Sungai Venice (tawaran pilihan). Lawatan diteruskan ke Mestre, di mana anda boleh bergambar di Bangunan Konsert Orkestra Teatro Toniolo, Piazza Ferretto, dan Menara Jam yang menawan. Setelah itu, bertolak ke hotel dan bermalam di Mestre. |
Hari 9 | Venice Airport - Penerbangan Pulang (MP/MOB) Selepas sarapan pagi di hotel, anda akan daftar keluar dan bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Venice Marco Polo untuk penerbangan pulang ke Malaysia. |
Hari 10 | TIBA DI KUALA LUMPUR Selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan penuh kenangan manis dari pengembaraan yang tak terlupakan. Home sweet home! |
Itinerari akan berubah mengikut kepada pemandu pelancong tanpa notis awal terlebih dahulu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan
nota tambahan
- Jadual penerbangan atau jadual akhir mungkin berubah tanpa notis awal. Sebarang perubahan pada penerbangan bergantung kepada jadual penerbangan pada tempoh tersebut.
- Dapatkan nasihat kami terlebih dahulu sebelum anda membeli sebarang tiket penerbangan domestik.
- Pakej ini tidak termasuk makan tengahari, pihak agensi akan mengesyorkan Restoran Halal di setiap tempat lawatan yang bersesuaian.
- Disarankan bawa makanan ringan untuk kudapan sepanjang lawatan kerana kebanyakkan Restoran tidak halal
- Untuk yang bragama islam bawa kelengkapan ( botol spray berisi air ).
- Pastikan wang dan passport di simpan dan dijaga dengan rapi dan selamat.
- Aktifkan kredit kad / Debit Kad untuk penggunaan transaksi luar Negara.
- Harga tertakluk kepada perubahan tanpa notis sekiranya berlaku kenaikan tambang penerbangan yang ketara sebelum tarikh berlepas. Sebutharga ini berdasarkan kadar tambang penerbangan dan harga hotel semasa. Syarikat berhak untuk mengubah harga pakej tanpa sebarang notis awal.
- Tip untuk pemandu pelancong dan pemandu: RM350 seorang.
- Caj Musim Puncak: RM300
borang tempahan
(Akan dikemaskini, hubungi kami untuk maklumat lanjut)
Sekarang